pages

About Us

  ReadySolat™

Kepakaran kami adalah membantu muslimah seawal 5 tahun dan ke atas, untuk mudah menunaikan solat, selesa, nyaman walaupun dipakai lama. Ready Solat™ ditubuhkan pada Januari 2014 dan dilancarkan secara rasmi dalam talian pada 14hb Mac 2014 oleh syarikat bumiputra Empire Richkey Sdn. Bhd.

Simbolik jenama Ready Solat™ ini dilahirkan atas rasa kasih sayang pemilik jenama ini Puan Suhana Sapar yang ingin mendidik anak-anaknya dan diri sendiri untuk sedia bersolat. Selain tujuan mendidik, Ready Solat™ berkonsepkan perkongsian kasih sayang kepada insan teristimewa disekeliling kita. Selaras dengan tagline nya "Hadiahkan Sesuatu Istimewa Kepada Yang Teristimewa" ReadySolat™ telah pun berjaya menyatukan ribuan hati-hati insan istimewa diluar sana.

Inilah rantaian kasih sayang kami kepada agama kami kerana yang Maha Esa





  Latar belakang syarikat

Empire RIchkey Sdn. Bhd. (1132558-T) adalah syarikat perniagaan yang baru didaftarkan pada febuari 2015 yang menggantikan Syarikat enterprise pertama kami iaitu Golden Compass Creative yang beroperasi bermula 2008 lagi. Di ketuai oleh Puan Suhana Sapar sebagai CEO syarikat bersama seorang lagi Director En. Hisham Ibrahim. Mereka bersama-sama membangunkan Empire Richkey Sdn. Bhd ini untuk mengembangkan produk fizikal pertama ini ke peringkat antarabangsa.