pages

Q&A

Soal & Jawab

Soalan 1 : Mengapa saya perlukan mini telekung dari ReadySolat™?

Jawapan 1 : Kerana Mini Telekung ini sangat mudah digunakan hanya sarung & pin kesisi atas bahagian kepala dah siap untuk keluar rumah, dan apabila sampai waktu untuk bersolat anda hanya perlu buka pin dan telekung akan terbentuk untuk anda sedia bersolat. Mudah kan :)


Soalan 2 : Perlukah saya mengosok Mini Telekung dari Ready Solat™ ini?

Jawapan 2 : Tak perlu digosok kerana kami menghasilkannya daripada fabrik berkualiti tinggi yang diimport khas dari korea dan ianya fabrik jenis moss crepe yang lembut serta mudah dijaga


Soalan 3 : Adakah Mini Telekung ini labuh?

Jawapan 3 : Ya, ianya labuh sehingga melepasi jari tangan 


Soalan 4 : Adakah Mini Telekung ini mempunyai kain?

Jawapan 4 : Tidak, kerana Mini Telekung dari Ready Solat™ ini direka untuk dipakai setiap hari. Ianya boleh dilipat menjadi sehelai hijab (tudung labuh) yang boleh disuai padan dengan pelbagai jenis pakaian, termasuk baju kurung, jubah, seluar palazzo, skirt kembang atau apa-apa pakaian yang menutupi aurat anda, hanya perlu sarungkan stokin kaki dah boleh bersolat.


Soalan 5 : Mini Telekung ini panas tak?

Jawapan 5 : Tidak, ianya cukup selesa dipakai, tidak nipis atau tertalu tebal.


Soalan 6 : Boleh tak saya mencuci Mini Telekung ini dengan mesin basuh?

Jawapan 6 : Seperti yang saya beritahu dalam tip penjagaan, Untuk mengekalkan mutu jahitan & struktur kain saya tidak menggalakkan mencuci dengan mesin basuh, hanya cucian tangan digalakkan, namun boleh keringkan dengan pengering untuk membantu proses pengeringan.


Soalan 7 : Adakah saya diberi brooch PERCUMA disetiap belian Mini Telekung?

Jawapan 7 : Ya, setiap pembelian kami beri PERCUMA brooch 


Soalan 8 : Saya berminat untuk miliki sepasang Mini Telekung ini bagaimana caranya?

Jawapan 8 : Mudah sahaja, anda boleh terus klik butang Add To Cart dibawah ini dah ikut step seterusnya sehingga selesai, Jika anda mempunyai masalah untuk belian, sila whatsapp kami di talian +60126060030 admin kami akan sedia membantu.


Soalan 9 : Berapa lamakah proses penghantaran?

Jawapan 9 : Proses penyediaan adalah 24jam daripada masa penerimaan wang ke dalam akaun bank syarikat kami, jadi pastikan anda segera menghantar bukti pembayaran kepada pihak kami sebaik sahaja pembayaran dibuat. Pihak kami akan menyemak maklumat pesanan dan alamat penghantaran melalui borang pesanan yang anda isi dalam web ini. Jika semuanya lengkap pihak kami akan email / whatsapp anda sekiranya pesanan anda telah pun dihantar beserta no tracking postlaju.

Proses penghantaran adalah 1-3 hari waktu bekerja