pages

Terms & Conditions

Sila baca kesemua Terma & Syarat  dibawah ini dengan teliti sebelum anda membuat sebarang belian di online shop kami [ www.readysolat.com]


Terma & Syarat ini adalah nota untuk anda fahami bagaimana proses jual beli yang kami sediakan agar anda berasa selesa, selamat dan yakin dengan perniagaan dan perkhidmatan dari kami. Ini memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak di lindungi haknya.


1.        Bagaimana kontrak terbentuk:

1.1.     Sebelum anda membuat pesanan, anda perlu mendaftar akaun di dilaman web kami (klik Home > My Account>) isi borang lengkap dan hantar sila rujuk fasa 8.1
1.2.     Pembayaran tunai perlulah dilakukan selepas sahaja anda memilih barangan dari senarai produk yang anda pesan dalam bakul shoppingcart kami. Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan secara online atau ATM mesin. Terdapat 3 pilihan yang anda boleh pilih samaada melalui acc bank Maybank Berhad / CIMB bank atau Paypal.
1.3.     Sila email bukti pembayaran kepada kami sejurus sahaja pembayaran dilakukan. Pesanan anda akan diproses selepas pihak kami menerima pengesahan pembayaran yang diemail ke readysolat@gmail.com atau whatsapp no +60126060030
1.4.     Secara automatik apabila anda telah membuat pesanan ke laman web kami, kami beranggapan anda telah bersetuju kepada kesemua terma dan syarat ini. Bagi mengelakkan sebarang kesilapan, sila semak terma dan syarat terkini setiap masa sebelum anda membuat belian anda.
1.5.     Jika anda mendapati bahawa anda telah membuat kesilapan semasa pesanan dibuat, selepas serahan kepada laman ini, sila hubungi kami segera di [ admin@readysolat.com ] atau whatsapp kami ditalian +60126060030.
1.6.     Produk yang telah dibeli dan sampai kepada anda tidak boleh ditukar semula kerana sebelum produk dihantar kami akan memastikan setiap produk berada dalam keadaan yang baik.
1.7.     Harga yang tertera dan dimaklumkan kepada anda adalah tepat. Jika ada perubahan pada harga sebelum kami menerima pesanan anda, kami akan menghubungi  dan meminta anda untuk mengesahkan bahawa anda ingin meneruskan pada harga yang dipinda. 



2.       Pembatalan

2.1.     Kami berhak membatalkan pesanan anda, jika produk yang dipesan tidak tersedia. Kami akan memaklumkan kepada anda jika perkara ini berlaku dan mengembalikan 100% bayaran yang telah dibuat tanpa banyak soal.
2.2.     Pembatalan oleh pelanggan pula, setiap pesanan yang dibuat, telah diproses dan mendapat pengesahan pembayaran ianya tidak boleh dibatalkan. 


3.       Produk Rosak

3.1.     Kami menjamin 100% bahawa produk yang dihantar dalam kualiti yang dipesan tidak rosak.
3.2.     Sebelum penghantaran dibuat, kami boleh membuat pengubahan kecil kepada warna, ukuran, rekabentuk dan ciri-ciri lain jika perlu untuk keselesaan anda.
3.3.     Kami sedaya upaya untuk mempersembahkan pesanan produk dalam keadaan yang sangat baik. Walau bagaimanapun, jika anda ingin membuat aduan produk yang diterima rosak, anda mestilah bersetuju menjaga produk dalam tempoh masa sebelum kami memeriksa dalam tempoh yang agak munasabah.
3.4.     Sekiranya ada berlakunya kerosakan selepas penerimaan, sila nyatakan dengan terperinci apakah kerosakkan, cacat atau lain-lain kepada kami.
3.5.     Sila nyatakan kepada kami nombor pesanan penghantaran, tarikh dan maklumat lain jika diperlukan bagi kami membantu anda. (pastikan anda simpan email invoice dari kami


4.        Baucar

4.1.     Kami akan mengeluarkan baucar-baucar secara percetakan dan juga secara e-mel yang kami akan hantar kepada anda mengikut tarikh-tarikh tertentu.
4.2.     Baucar hanya sah digunakan sekali sahaja bagi setiap satu resit belian mana-mana koleksi dari READYSOLAT.tm sepanjang tempoh tarikh promosi sahaja.
4.3.     Setiap Baucar tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada tunai.
4.4.     Baucar yang telah tamat tempoh tidak boleh diguna pakai atau dipinda kepada tarikh promosi yang akan datang. Jadi kami nasihatkan agar anda menggunakan baucar pada masa serta tarikh yang tertera sahaja.
4.5.     Sekiranya anda didapati menipu atau cuba memperdaya atau disyaki melakukan aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang berkaitan dengan penebusan baucar hadiah & baucar promosi pada laman ini, kami berhak untuk menutup akaun anda dan mengenakan jumlah pembayaran yang berbeza.
4.6.     Jika produk yang anda beli kurang daripada nilai baucar, anda perlulah menambah nilai barangan tersebut dengan tunai sahaja. 


5.       Pengembalian & Pemulangan

5.1.     Semua produk mesti dipulangkan dalam keadaan asal mereka dengan semua tag yang dilampirkan.
5.2.     Jika tidak kami tidak menerima pulangan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.6
5.3.     Jika didapati kami menghantar produk yang rosak atau produk yang salah, kami akan menggantikan produk baru. Sekiranya produk yang sama kehabisan stok dengan persetujuan anda kami akan menggantikan produk yang sama nilai. Ataupun kami akan membuat bayaran balik secara tunai.
5.4.     Penghantaran semula kepada kami adalah tanggungan anda sepenuhnya dan penghantaran pengembalian kepada anda adalah tanggungan pihak kami. 


6.       Pindaan kepada Terma dan Syarat Am Perniagaan

6.1.     Kami berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda terlebih dahulu. Semua pindaan kepada Terma dan Syarat ini akan diberitahu secara talian samaada di laman Web dan Whatsapp. Walau bagaimanapun, penggunaan berterusan Laman ini akan disifatkan sebagai penerimaan Terma dan Syarat baru. 


7.       Terma Penggunaan

7.1.     Halaman ini (bersama-sama dengan dokumen yang disebut di atasnya) memberitahu anda syarat-syarat penggunaan di mana anda boleh membuat penggunaan laman web kami [www.readysolat.com] sama ada sebagai pelawat atau pengguna berdaftar. Dengan menggunakan Laman Web ini, menunjukkan bahawa anda menerima Terma Penggunaan ini dan anda bersetuju untuk mematuhi terma. Penggunaan mana-mana bahagian Laman Web merupakan persetujuan anda terhadap Terma Penggunaan yang berkuatkuasa pada tarikh pertama anda menggunakan Laman Web ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan ini, anda perlu berhenti menggunakan Laman Web dengan segera. 


8.       Pendaftaran bagi Perkhidmatan

8.1.     Jika anda ingin mengemukakan suatu pesanan untuk Laman Web untuk membeli salah satu daripada produk-produk yang disenaraikan, anda dikehendaki mendaftar untuk akaun di  dimana anda akan dapat untuk mengakses Laman Web bagi tujuan pembelian. Untuk mendaftar, anda perlu membekalkan kami dengan nama penuh anda, Alamat lengkap beserta poskod dan alamat e-mel dan mungkin beberapa maklumat peribadi lain.
8.2.     Sila ambil perhatian, sebaik sahaja anda mendaftar dengan Laman Web ini, pastikan anda menyimpan kata laluan sulit dengan baik supaya tidak ada mana-mana pihak ketiga menceroboh akaun anda melainkan mendapat kebenaran dari anda.
8.3.     Anda mesti mendaftar dengan alamat e-mel peribadi yang sah dimana anda kerap mengakses. Ini bertujuan jika ada perkara-perkara atau hal-hal yang berbangkit, e-mel dari pengurusan pihak kami boleh dihantar dan diterima oleh anda.
8.4.     Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk pemprosesan pesanan, jual beli dan bahawa semua data yang disediakan oleh anda adalah dijamin benar dan segala maklumat tentang anda akan dijaga selamat. 


9.      Syarat Penghantaran

9.1    Kami menggunakan perkhidmatan POS Laju Malaysia dimana kos penghantaran adalah seperti dibawah:
Semenanjung : RM8/sekotak
Sabah / Sarawak : RM14/sekotak

9.2   Tambahan nilai berat seterusnya mengikut kadar postlaju malaysia
9.3   Tempoh penghantaran tertakluk kepada syarikat penghantaran yang dipilih. Biasanya akan mengambil masa 1-3 hari bekerja di Semenanjung dan 3-5 hari bekerja untuk Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun tarikh penghantaran akan hanya bermula daripada tarikh Pelanggan membuat pembayaran sepenuhnya. Sebarang kelewatan adalah tertakluk kepada syarikat penghantaran.
9.4    Bagi pelanggan luar negara (Singapura/Brunei ) harga penghantaran juga mengikut kadar luar negara
9.5    Sila pastikan alamat penghantaran (penerima) adalah lengkap, betul dan terkini. Penghantaran yang dilakukan adalah berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Pelanggan.
9.6    Polisi kami sentiasa menjamin setiap barangan yang akan dihantar kepada pelanggan akan diperiksa kesempurnaan kondisinya, kualiti terbaik dan tiada kecacatan.

Kecacatan/Kerosakan atau kehilangan barangan disebabkan oleh proses penghantaran (PosLaju/Courier Service) adalah diluar kawalan kami. Pelanggan dinasihatkan mengambil insuran bagi melindungi setiap penghantaran dan kos yang terlibat.